Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, March 8, 2009

Tasik Biru ~ Part 13

CORETAN CINTA

Masa berlalu tiada sedar
Asyik membaca hingga terleka
Bahawa masa itu terus berputar
tiada henti mahupun menunggu

mata semakin kabur kemerahan
mungkin membaca terlalu lama
aku rehat seketika
lalu aku terlelap
hinggalah azan subuh berkumandang

selesai subuh, aku persiapkan diri
cukup sudah cuti sakitku
terlalu lama rasanya aku berehat
berehat kah?
Pasti bertimbun kerja2 ku di meja pejabat

Hari ini aku rasa lain
Tidak seperti hari2 biasaku di tempat kerja
Mungkin setelah aku berehat cuti sakit
Ada juga yang bertanya khabar
Dan ada juga yang menjeling tiada kata

Ah, pedulikkan mereka
Aku menarik nafas panjang
Bersandar di kerusi pejabat
Merenggangkan sedikit otot2
Dan cuba ingin kembali fokus

Aku tetap terasa hari ini bukan seperti biasa
Tiada tanda2 aku boleh fokus sepenuhnya pada kerja
Walau ku sedar kerja terlalu banyak untuk disiapkan
Tapi fikiranku tetap merewang-rewang entah kemana

Oh ya, mungkin kerna diari lama itu

Coretan dari ibu
Ibu..
coretan mu itu sungguh aku hargai
Betapa tingginya kasih sayang yang ibu berikan padaku
Andai masa aku dapat bertemu kembali dgn ibu
Aku ingin peluk ibu erat2

Ibu..
kini aku sudah sedar dari koma ibu
Ketahuilah, saatnya harapan menggunung ibu dahulu
Berdoa siang dan malam untukku
Hanya untuk anakmu ini kembali sedar
Hanya untuk melihat senyuman dibibirku
Kini tuhan telah tunaikan doa2 ibu itu
Anakmu sudah kembali
Seribu senyuman pun sanggup aku berikan padamu ibu
Demi kembalikan kegembiraan ibu yg hilang

Ibu..
Ingin sekali aku kembali ke waktu dahulu
Menangis, ketawa, gembira bersama-sama
Ingin sekali aku berkongsi segala perasaan ku sekarang padamu
Ingin sekali aku berbual panjang bersama mu ibu
Ibu.. aku sgt sayang padamu
Ketahuilah wahai ibu, sesungguhnya anakmu ini
Terlalu merinduimu
Terlalu ingin kembali zaman kasih sayang yang pernah ibu berikan padaku
Sewaktu ketika dahulu
Sewaktu aku sebelum hilang ingatan
Harapanku hanyalah untuk aku tahu yang aku masih ada ibu
Dan masih ada kasih sayang dan belaian dari ibu
Ibu… di manakah ibu sekarang?
Semuga ibu mendengar isian hatiku ini

Khayalan dan fikiranku terganggu bila aku di sapa oleh rakan sekerjaku
Mungkin kerna dia melihat aku termenung panjang
Mata tiada kelip
Dan linangan air mata ku di kelopak

Kau kenapa ni Mie?
Ada apa2 yang aku boleh aku bantu?

Oh ok2.. dun worry, I’m fine..
Thanks bro..

Jgn asyik termenung, kerja kau banyak pending..


Dia pun beredar..

Pheuw.. aku mengeluh panjang
Entah ape yang aku ngeluhkan pun aku tak tahu

Tak sabar rasanya aku ingin balik dan teruskan membaca
Awal pagi tadi aku hanya sempat habiskan coretan ibu
Tidak ku sangka setelah ku selak-selak sekali imbas
Rupanya
Coretan itu terbahagi kepada 3 penulisnya

Coretan dari ibu
Coretan dari ayah
Dan coretan dari kekasih..

Aku punya kekasih kah dulu?
Siapa?