Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, February 21, 2009

Tasik Biru ~ Part 12

PETI ITU

Rumput nan menghijau subur
Burung berkicau pagi berselang seli
Memainkan lagu lunak bersama
Sepertinya mereka sedang meraikan hari indah
Senang aku mendengarnya
Dengan suasana indah permai
Aku terleka
Dan saat itulah aku di datangi seseorang
Perempuan berpakaian serba putih
Dari jauh tersenyum seri padaku
Dan secara spontan aku pun tersenyum kembali padanya
Wajahnya putih berseri
Di hiasi pakaian yg cantik pandangan mata

Belum sempat pun kami bersapa
Tiba aku terjaga
Rupanya aku tertidur di sejadah ini
Ku lihat jam sudah pukul 2 pagi
Ya Allah
Aku belum tunaikan solat Isyak
Syukurlah Kau yang membuatkan ku terjaga
Untuk menunaikan perintah-Mu
Segala puji hanya untuk-Mu Ya Allah

Selesai aku menunaikan solat Isyak
Terus aku ke bilir tidur
Berhasrat untuk membuka peti itu
Tapi kulihat peti itu tiada
Entah dimana?
Menggelabah aku cuba mencari dan mencari
Tak salah, aku letakkan peti itu di atas meja bilikku..
Ah sudah..

Setelah puas aku mencari di bilik
Tergerak aku untuk ke dapur
Mungkin kerna terasa tekak ku kering
Ingin meneguk segelas air
Bagi membasahi tekak ku yg kering

Aku tersenyum sendiri
Apelah sengalnya aku
Peti itu di atas meja makan rupanya
Ya, aku letakkan ia ketika ingin ambil wuduk tadi mungkin
NaMie namie..



Selesai minum ku bawa peti itu ke ruang tamu
Ku tiup habuk dan ku sapu kasih bersih sedikit
Dengan lafaz bismillah aku membukanya
Saat aku membuka, saat itu juga aku terasa aura
Entah aura ape
Kebelakang sedikit kepalaku
Kalau aku nampak warna aura itu mungkin boleh aku bygkan
Tapi itulah yang aku rasakan

Kulihat tanpa menyentuh segala isi didalamnya
Sebuah buku, sepertinya diari lama
Sebatang pena dakwat lama di sisi kotak
Segulung kertas entah ape tulisannya
Dan semua itu di alaskan atas kain kuning
Yang aku pasti ada sesuatu di bawahnya
Semuanya harus ku berikan masa
Untuk mentelaahi ia
Bagi mungkin mencari segala jawapan yang tiada pasti
Tapi, yang aku membuatkan aku tertanya
Pada sekuntum bunga berbatang
kecut di makan usia
Terletak molek di atas buku lama

Di setiap sudut dinding dalaman kotak
Terukir indah ayat2 suci mungkin
Seperti bersinar kecerahan
Walau luarannya tampak biasa
Tidak kusangka dalamnya begini

Bunga ku alihkan untuk aku mengambil buku
Tiada apa tulisan di muka buku ini
Ku selak muka pertama
Tiba2 terjatuh sehelai nota kuning
Dan aku pasti, kini aku bukan sedang bermimpi

Nota tertulis “Coretan buat Namie tercinta”

Tuesday, February 17, 2009

ayark!!

Tolong! tolong! tolong!

Gile fatigue aku rase kepale otak aku
Badan pun rasa cam da takde kedrat
Letih n sibuk gile beberapa minggu nih
keje manyak lo..
study lagi..
sabtu ahad pun aku ade kelas..
wargh!!!
tak larat seh..

Esok ade test..
Ayark!!!
tulun2..
aku tgh study nie..
tapi tak paham la weh..
nape nie?
otak ku suda ketahap fatigue ke?
tamo tamo tamo...
tamo fatigue lagi
byk lagi mende nak kene pk nie
uwaaaaa!!!

*ape aku nak jawab utk test esok nie =(

Wednesday, February 4, 2009

Tasik Biru ~ Part 11

KISAH SILAM

Jam 9 pagi aku di datangi pak samad
Tapi kini pak samad datang seorang diri
Tidak bersama isterinya
Mungkin isterinya ada kerja di rumah
Hari ini aku sudah boleh pulang dari rumah sakit
Pak samad yang membawa aku pulang dgn keretanya

Dlm perjalanan pak samad diam seribu bahasa
Aku juga sepertinya tiada kata
Hinggalah sampai di satu simpang
Yang membezakan rumah aku dgn pak samad
Kiri ke rumah ku
Kanan ke rumah pak samad
Pak samad membelok kanan

Kita mahu ke mana pak samad?
Kita balik kerumah aku dahulu
Aku harus cepat melaksanakan amanat ku
Ini pun sudah terlambat 3 hari
Apa yang aku nak cakap pada dia nanti
kalau dia tahu aku tak melaksanakan tugasnya dengan sempurna?
Lambat sehari pun aku dah berasa salah seperti setahun


Aku terdiam
Hanya menangguk kan kepala tanda mengerti

Setibanya aku di rumah pak samad
Aku melabuhkan punggung di kerusi rotan
Pak samad terus masuk ke dalam
Memanggil isterinya
Mungkin bagi menyediakan sedikit minuman untuk ku

Selang beberapa minit
Pak samad ke ruang tamu
Sambil memegang peti empat segi di tangannya
Peti apekah itu?

Inilah amanat yang aku pegang
Ini untuk kamu
Ape benda ni pak samad
Siapa yang amanatkan pada pak samad peti ini?
Begini..
3 tahun lepas
Kamu lemas di tasik biru
Sama seperti kejadian baru2 ini
Risau aku jika kamu hilang ingatan seperti dulu
Al-Hamdulillah kerna kamu masih sedar

Dulu
Kamu terlantar di rumah sakit setahun
Koma
Puas ibu dan bapa kamu menangis melihat keadaan kau begitu
Hinggalah satu masa bapa kamu di tugaskan di luar negara
Sedangkan kamu masih belum sedar
Aku telah di amanatkan oleh kedua org tua kamu
Untuk menjaga kamu sepanjang pemergian mereka
Dan serahkan peti ini pada kamu
setibanya masa yang sesuai
Setahun kamu di rumah sakit
Akhirnya kamu sedar
Tapi malangnya kamu hilang ingatan
Aku menghubungi org tua kamu melalui surat
Lantas dia membalas suruh aku menyimpan peti ini selama setahun lagi
Dan hari ini adalah hari yang aku patut tunaikan amanat ini

Jadi rumah yang saya duduki sekarang ini adalah rumah ibu bapa saya?

Ya nak. Itu rumah kamu
Rumah kawan karibku Zaimie
Ayah kamu…

Kulihat peti ini sepertinya agak lama tidak terusik
Habuknya sahaja sudah membuatkan aku boleh meneka
Sungguh amanah pak samad orangnya

Pak samad..
Boleh saya tanyakan lagi?
Ya nak..
Bagaimanakah keadaan ibu bapa saya?
Setelah mereka tahu saya sedar
Tidakkah mereka ingin balik menjenguk saya?
Mie..
Mereka bukan dekat nak
Jauh.. sangat jauh
Tidak terfikir aku samada mereka akan pulang bila
Kerna bukan mudah untuk aku menghubungi mereka melalui surat
Kampung kita ni jauh terpencil
Hendak ke bandar pun hampir 2 jam setengah
Sedangkan hanya di bandar aku boleh mengutus surat ke luar negara


Panjang lebar pak samad ceritakan segala
Kisah-kisah silamku
Latar belakang kedua org tua ku
Keakraban mereka dgn keluarga pak samad
Kisah bagaimana aku terjatuh dan lemas
Kisah2 aku dan tasik biru
Pendek kata semuanyalah

Namun aku tetap perlu mencari sendiri
Segala persoalan yang aku alami
Kerna aku adalah aku
Aku sendiri yang menghadapinya
Mungkin isian di dalam peti ini akan mengungkai sedikit sebanyak
Persoalan2 yang bermain di benak fikiranku
Mimpi2 yang aku alami
Pengalaman2 aneh di rumah aku juga
Harap2 aku dapat mencari jawapannya

Aku minta diri dari pak samad ketika maghrib hampir datang
Seharian aku di rumahnya
Tak sedap pulak
Badan aku pun masih lemah
Aku mencari alasan untuk berehat dirumah
Dan peti ini biarlah aku buka di rumahku sahaja
Pak samad menganggukan kepala tanda setuju
Terus aku di hantar pulang kerumah oleh pak samad
Aku berterima kasih tak terhingga pada nya
Pak samad pun pulang
Dan aku masuk kerumah ku
Tak berapa minit azan maghrib berkumandang
Lantas akupun tunaikan seruah ilahi



*sedikit sebanyak persoalan2 kamu tejawab bukan? =)
teruskan memabca.. Thanks.. =)