Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, September 26, 2009

Teratak Hijau ~ Part 01

[GERIMIS]

Pagi itu gerimis masih lagi tak berhenti
apek tua dengan hanya bertopi sawah mengayuh basikal tuanya pergi mencari rezeki
Aku duduk di hadapan rumah ni melihat kehebetanNYA menurun kan hujan dan memberhentikan hujan

aku masih teringatkan pada masa tu umur aku lebih kurang 4 tahun
aku menurut kata emak dan abah untuk berpindah ke rumah abg acit
yang agak jauh dari mereka berdua..aku tidak tahu apa sebabnya aku mengikut abg acit
abg acit merupakan abang aku yang sulung
aku hanya pulang ke rumah itu apabila abg acit tidak bekerja
itu pun hanya sebulan 3 kali atau kurang
aku berada di bawah jagaan abg acit sehingga aku berumur 12 tahun

namun selepas tamat sekolah rendah aku di masuk kan ke sekolah berasrama
aku hanya balik ke rumah itu bila ada cuti perayaan sahaja
pada masa tu aku kecil lagi dan fikiran aku masih lagi terlalu muda
apa yang aku tahu
Cuma belajar besungguh-sungguh
kerana itu pesan emak dan abah

tetapi.. tiap kali hari minggu ibu bapa datang untuk melawat anak mereka
namun aku hanya duduk di bilik
kerana ibu bapa aku tak dapat nak melawat aku seperti ibu bapa kawan ku yang lain

”kenapa mak ngan abah tak datang ek?” bisik hati aku..
aku masih lagi dalam tanda tanya sehingga lah aku berumur 15tahun
pada tahun tu aku masih lagi di asrama,aku semakin lupa akan pesan emak dan abah
aku dah mula berfikiran agresif

aku agak nakal ketika itu dan
aku adalah antara pelajar yang mempunyai rekod disiplin
aku tidak tahu apa puncanya
aku jadi seperti ini mungkin kah aku kurang kasih sayang dari emak dan abah?
Yang selama ini aku hanya duduk di bilik
tanpa kehadiran emak dan abah pada hari minggu
seperti kawan-kawan yang lain?

hari tu adalah hari yang telah menjadi permulaan sejarah buruk bagi ku..

2 comments:

@tune® said...

biru nyer kaler da abes ko ganti ijau?

sEapUt "c@ said...

dis one is a new karya, but not writing from me.. just fullfill my lil brother requested.. He write this karya actually..
(^^,)v

http://kelamkabutribut.blogspot.com