Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, April 17, 2010

Tasik Biru - Part 17

YANG SETERUSNYA

J
am tangan menunjukan pukul 6.30am, aku masih tidak dapat melelapkan mata. Sedangkan habitat di luar bangkit dari tidur lena mereka. Kicauan burung2, kokokan ayam2, bunyi kenderaan2 bagi mereka yang keluar mencari rezeki. Ya! Mereka semua menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Namun aku, masih leka bermain dengan fikiran yang entah kemana ku harus bawa pergi. Seperti tiada arah. Aku bingung.


Selesai mandi dan solat, aku mencapai sebatang joranku yang telah lama aku tidak gunakan. Ku belek2 dan ku persiapkan segala perkakas lain untuk memancing. Motor usangku masih setia membawa aku kemana saja. Destinasi ku kini tidak lain kalau bukan ke Tasik Biru. Banyak memori yang boleh aku kenangkan disitu. Sesampai saja di Tasik Biru, ku menghirup nafas dalam2. Sungguh nyaman udara pagi di tasik ini. Tenang, jauh dari kesibukan kota. Rajawali terbang kesana kemari mencari ikan yang boleh dijadikan sarapan pagi ia.

Cinta, ia suatu yang sering aku fikirkan sejak akhir2 ini. Ya! Aku pernah bercinta dulu. Tapi dengan siapa. Dia, tapi kini tidak lagi. Dia sudah dimiliki org lain. Apa yang ada padaku. Aku hilang di dunia dia, dunia mereka, dunia aku sendiri. Hilang ingatan ku hingga kini pun aku masih mencari2 jawapan semalam dan kelmarin. Kenapa dan mengapa harus aku. Seharusnya perjalanan itu sentiasa kehadapan, mengapa perlu aku merumitkan keadaan dengan kisah dan cerita semalam? Hati dan perasaan tiada dapat di ungkap dengan kata-kata. kalau di ungkapkan pun tidak akan semuanya sama seperti yang dirasakan. Apa yang aku harapkan, hanyalah sinar baru untuk aku meneruskan perjalanan hidup ku. Aku sudah letih dengan melayan perasaan yang tiada tanda2 sinar dihadapan.

Matakail ku isi dengan cacing yang aku cangkul di belakang rumah, ku lontar ke dalam tasik. Sudah lama aku tidak memancing disini. Dan kebiasaannya aku memancing disini dengan menaiki sampan, tapi kini aku hanya baling dari tepian sahaja. Ah! Itu bukan penting sangat pun. Aku bukan benar2 ingin memancing dan dpt ikan pun. Aku hanya ingin melayan hati yang terasa ingin ke tasik ini. Sedar tak sedar 3 batang rokok sudah aku hisap. Namun aku masih lagi tiada jawapan untuk hidupku seterusnya apa.

Aku balik dengan tiada apa2 tangkapan langsung. Membawa motor, dengan niat ingin bersarapan di kedai wak dolah. Nasi lemak di kedainya sedap! Sesampai di kedai wak dolah, tidak ramai pengunjung yang ada. Biasalah, hari2 bekerja macam nie memang tak ramai sgt kalau dah jam 10 pagi. Cuma ada 2 orang yang agak muda sebaya aku di suatu sudut meja. Aku rasa aku tidak kenal mereka berdua. Mungkin bukan org kampung sini. Aku pun tak pernah nampak mereka di sini sebelum ini. Aku terus ke kaunter memanggil wak dolah untuk memesan nasi lemak dan teh tarik.

“Nami!”

tetiba ada orang menyapa aku. Lain tak bukan antara mereka yang berdua itu memangil nama aku. Aku menoleh ke arah mereka.

“kau ni Nami bukan?”

aku menjawap,

“err, ya aku Nami”
“Ai, kau dah tak kenal kami berdua lagi ke? Ape punya kawan la kau ni”

aku terus menghampir mereka dan bersalaman dengan mereka berdua. Aku duduk satu meja dengan mereka.

“maaflah kawan, aku benar2 terlupa siapa kamu, maklumlah kamu pun tau bukan aku nie....”
“takpe Nami, akami faham”

dia mencelah cakapan aku tadi

“aku, Kamil dan”
“aku zul”
kami pun baru je balik dari KL. Cuti semester, semalam kami balik lagi. Tapi arini baru dapat lepak kat kedai Wak Dol nie”
“kau macammana, sihat ke Nami?”
“err, Alhamdulillah, sihat jugak lah. Kau orang belajar ke di KL tuh? Bila habis?”
“Haah, kami belajar disana, satu Universiti”
“kau buat ape sekarang nie, di kampung jek ke?”
“haah la kawan, apa lagi la yang aku boleh buat”
"takpe lepas nie kita lepak2 di port kita dulu okay. Sekarang kita makan dulu”


Port kita? Aku sendiri tertanya. Mereka berdua ini sepertinya sgt rapat dan mesra dgn aku. Sedangkan aku langsung tak ingat siapa mereka. Mungkin aku yang dulu adalah kawan rapat mereka. Tapi kini, apa2 pun aku tak ingat. Kasihan, harap mereka faham dengan keadaan aku. Bukan sengaja untuk aku tak ingat cerita2 dulu kita bersama. Tapi Tuhan lagi maha berkuasa. Banyak juga yang kami bualkan. Entah ape pengalaman dan kenangan dulu yg mencuit hati dapat di kongsi bersama, walaupun aku tidak ingat semuanya, tapi sedikit sebanyak bila mereka bercerita aku seperti dpt bayangkan zaman kanak2 aku dulu. Bagus juga mereka berdua ni balik bercuti. Dapat jugaklah aku kawan baru bg aku, dan kawan lama yang baru bagi mereka.

Kami selesai makan dan berborak panjang hampir pukul 12tghri jugaklah, kami beredar balik kerumah masing2. Tapi kami bertiga sudah membuat satu janji temu. Nak melawat ‘port’ kami sewaktu kecik2 dulu. Tapi aku sendiri tak tahu dimana. Mereka sengaja merahsiakan saat aku bertanyakan mereka dimana. Kalau dah macam tu mcm mane aku nak pergi kesana sedangkan aku tak tahu pun tempatnya dimana? Tapi mereka cakap akan ambil aku di rumah pada jam 8 pagi esok.

Hurm.. entah port mana lah yang nak dibawanya aku esok. Selesai solat dzuhur, aku pergi membelek2 di dapur. Memeriksa apa lagi makanan yang ade untuk di jadikan makan tghri. Aku masak ape yang patut untuk memenuhi perutku. Tak la lapar sgt pun, sebab aku makan sarapan tadi pun dah agak lewat. Aku terlelapkan mata di depan kaca tv. Tak perasankan tv tu pulak yg tengok aku. Tersedar saat azan Asar berkumandang. Fuhh, lama jugak aku terlelap. Nie bukan terlelap, nie tidur namanya. Aku bangun dan menunaikan kewajipan.

Oh kebun sayur ku. Ah! Bolehkah di panggil sebagai kebun? Setakat kawasan belakang rumah ku yang sekangkang kera itu haruskah aku memanggil ia kebun? Ahaha, aku tergelak sendirian. Aku memang juga suka bercucuk tanam selain daripada memancing. Entah aku pun tak pasti kenapa. Sebab jarang kita lihat orang lelaki yg suka mempunyai hobi bertanam. Tapi aku selesa dengan hobi ini. Aku mendapat ketenangan bila melihat hasil tanaman ku membesar, mengeluarkan hasil tanaman, cili, kacang panjang, limau kasturi, bayam dan sebagainya. Melihat keindahan maha kuasa Allah mencipta dan menghidupkan pokok2. Ya Allah, sungguh aku kagumi dengan kekuasaan Mu. Sesungguhnya aku bersyukur dengan segala rezeki dan kemurahan mu memberi aku makan sedikit sebanyak dari hasil tanaman aku. Sesambil aku menyiram, membelek, menuai tanaman2 sayur ku, sambil itu jualah aku tak henti2 memperkatakan syukur pada Allah yang maha Esa. Sangat kagum!

Sunday, April 4, 2010

Start Again!

Sedang ramai di antara mereka lena di ulit mimpi, bersama kedinginan malam yang menenangkan untuk tidur, namun aku masih lagi bergolek-golek di katil. Fikiran melayang entah kemana, membelek-belek komputer riba kesayangan, melmbaca hasil2 cerpen dan nukilan, meyelak2 gambar2 lama, dulu, kelmarin dan semalam. Banyak kenangan-kenangan yang bermain di benak kepala. Seperti beribu video tayangan semula bermain di benak fikiran. Suka duka semua bercampur. Manakan aku boleh tidur. Kutinggalkan sejenak komputer riba ku, mengambil telefon bimbit menetapkan alarm 5 minit ku bagi pada diriku, andai aku tak dpt tidur juga dlm 5 minit berikutnya aku perlu bangun dan menyambung segala coretan-coretanku yang tergendala entah beberapa minggu dan mungkin juga sudah berbulan-bulan.

Kcik kcik lighter menghidupkan sebatang rokok, menghisap dalam-dalam, lalu ku hembus panjang. Berkepul2 asap meruang di angkasa bilik kecil ku. Ya! Nyata aku kini telah mengubah posisi ku duduk di bangku meja dan komputer riba kini sudah di atas meja dan aku sedang menaip. Aku perlu teruskan coretan2ku. Idea yg tadi berlegar2 di fikiran tiba2 hilang. Bagaimana aku dapat memulakan coretan? Coretan tajuk yg manakah aku perlu mulakan? Mengambil langkah memainkan lagu2 malaysia yg senang difaham adalah langkah bijak untuk memulakan sesuatu coretan. Benar! Kini aku sudah berada di rangkap kedua. Namun masih lagi tiada tajuk untuk coretan ini.

Jam 10pg nanti aku ada diskusi bersama rakan2 kumpulan untuk membincang dan merencana Design II kami. Ya! Aku masih lagi belajar. UiTM shah alam, meneruskan pengajian ku sebagai seorang pelajar luar kampus. Ramai rakan2 yg merasakan kemana perginya aku pada semester ini. Mana tak nya, dari 5 subjek yg aku pilih untuk ambil sem ini, tiba2 menjadi 3, dan akhhirnya cuma 1 subjek yg aku ambil untuk semester ini. Itulah dia, hanya Design II yg aku gagahi untuk ambil pada semster ini. Jadi, mahu tak mahu aku perlu memberikan kerjasama pada ahli kumpulan ku untuk mendapat status lulus untuk subjek ini. Ya! Aku hanya target lulus. Bukan tak mahu untuk target ‘A’, tapi aku sedar, dari awal sem lagi sampai sekarang, baru 2 kali aku masuk kelas. Kasihan rakan2 kumpulan ku terpaksa mencipta beribu alasan untuk ku saat lecturer menanyakan kenapa aku tak masuk kelas. Rakan, aku harap kamu mengerti. Aku ada alasan ku sendiri, kenapa dan mengapa aku begini.

Huh! Sungguh bengang tiba2 bila fikir pasal supplier/machinest yg aku hantar projek kumpulan untuk di fabricate. Aku tau aku memang hantar pada kamu lambat. Tapi aku sudah katakan pada kamu bukan bahawa projek ini perlu siap hari khamis? Tapi sekarang sudah ahad. Kenapa masih lagi ade alasan mengatakan kamu belum boleh siapkannya juga? RM 900.00 harga yang kamu katakan bukan aku kata sangat mahal, Cuma aku kata kalau boleh kurang lagi bagus. Biasalah, kalau kamu pun akan tawar-menawar bukan? Lagipun bayaran sebegitu kalau boleh siap cepat is berbaloi la.. tapi!! Telefon berdering. Sebentar yach!

Sambung balik, hurm... idea dah ilang. Perasaan marah tiba2 kembali normal. Ok. Aku rasa tajuk ini sampai disini saja la. Banyak lagi tajuk2 lain yg perlu aku siapkan, oh tasik biru, oh teratak hijau, oh kekasihku ..., dan Family, hurm... aku rasa makan tahun gak nak siapkan semua neh.. takpe, aku cerita2 ku takkan habis, sebab aku masih hidup di dunia. Cerita2 itu perlu aku taipkan disini, sebab aku suka untuk membacanya semula. Sebab inilah diari aku.. blog aku.. jumpa lagi di lain post.. see ya! =)


Lupa lak nak ckp ape tajuk dia, this story will be named as “Start Again’’..