KELIBAT AYAH
Senja kala ia dtg
mengalih tugas sang mentari siang
untuk ia yang menanti purnama
dtg setia di waktunya
keheningan senja di serikan
irama cengkerik bersahaja
dan siulan selamba si burung-burung
sebagai tadbir penutup siang
di kala itulah jua aku yg masih terkial2
entah ape yang aku belek2 kan
pada motor usang yg berkhidmat padaku ini
tiba2 meragam
ade masalah ke nak?
terperanjat beruk aku
seorang pakcik yang agak berumur,
berkopiah dan berjubah putih,
dengan janggut yang agak panjang
paras rupa seperti ustaz ataupun ulamak
tiba2 muncul betul2 di sebelah motorku..
err.. ha'ah, motor ni... takmo hidup pulak....
berderau darahku, entah bila masa pulak pakcik nie ade kat sini..
perasan aku mcm takde sape2 lalu lalang kat kawasan ni waktu2 begini..
mari pakcik tolong tengok2kan..
Nah, kamu tolong pegangkan tasbih pakcik ni dulu..
err... ok..
aku pun letakkan tasbih itu dipoket kemejaku
dan selang beberapa minit
ok, cube kamu start..
brruuuew...
eh! sudah hidup..
macam mana pakcik buat?
Allah yang maha berkuasa
pakcik hanya perantara untuk kehendak Tuhan
dan ape yang kita lakukan semua adalah dengan izin tuhan
kamu nazmie anak kepada zaimie mohamad bukan?
yer.. ye saya..
Anak... tabah, tenang, redha dan sabarlah dengan apa jua dugaan daripada tuhan..
sesungguhnya, Allah maha berkuasa untuk meng-iyakan dan menidakkan sesuatu..
dekatkanlah diri kamu dengan Allah, dan sentiasa lah berdoa kepada-Nya agar di permudahkan segala kekusutan di benak fikiran kamu.. ingatlah, setiap ape yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya yang kita sendiri tak terfikirkan..
dan ingat, tabah,tenang,redha dan sabar itulah kuncinya..
baiklah.. pakcik perlu beransur dulu, dah nak masuk waktu maghrib nie..
errm.. terima kasih pakcik..
Assalamualaikum..
Waalaikumsalam..
salam pakcik itu ku jawab
aku seperti terkedu
dengan persoalan2 yang bermain di fikiran..
siapa pakcik itu?
tahu pulak namaku?
wajah dan suara pakcik itu seperti pernah ku kenal sewaktu ketika dahulu.
namun, aku tetap terkaku tanpa sebarang reaksi utk bertanya padanya
sedang pakcik itu beransur pergi
selang beberapa saat
bayangnya tidak lagi aku perasankan
disebabkan senja yang semakin gelap
tanpa berfikir panjang
aku cuba memecut
dengan harapan dapat mengejar pakcik itu
tapi, motorku ini seperti tidak mengizinkan
seperti mahu mati kembali enjinnya
di saat aku memulas minyak berlebihan
Uhh!.. terus aku menghentikan niat
jgn tiba2 mati semula sudah..
lalu aku bersahaja memandu perlahan
dengan harapan sampai rumahku tanpa sebarang masalah
dan aku rasa aku terlupa sesuatu...
ya! tasbih pakcik itu masih dipoket ku!.
See u in the next episodes
And dont forget to vote at the TASIK BIRU OK~KO (position: right)
Thanks for ur support..
4 comments:
ayoo..pakcik tu org bunian kot..huhu..dah pegang tasbih tu xreti2 lagi nak berzikir ke?hehe
patut kau interbiu dia
fizanie: erk!
caki: aku telupe la plak nak intebiu die..
misterius nye..
sy makin pening bace
;p
Post a Comment