Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, February 4, 2009

Tasik Biru ~ Part 11

KISAH SILAM

Jam 9 pagi aku di datangi pak samad
Tapi kini pak samad datang seorang diri
Tidak bersama isterinya
Mungkin isterinya ada kerja di rumah
Hari ini aku sudah boleh pulang dari rumah sakit
Pak samad yang membawa aku pulang dgn keretanya

Dlm perjalanan pak samad diam seribu bahasa
Aku juga sepertinya tiada kata
Hinggalah sampai di satu simpang
Yang membezakan rumah aku dgn pak samad
Kiri ke rumah ku
Kanan ke rumah pak samad
Pak samad membelok kanan

Kita mahu ke mana pak samad?
Kita balik kerumah aku dahulu
Aku harus cepat melaksanakan amanat ku
Ini pun sudah terlambat 3 hari
Apa yang aku nak cakap pada dia nanti
kalau dia tahu aku tak melaksanakan tugasnya dengan sempurna?
Lambat sehari pun aku dah berasa salah seperti setahun


Aku terdiam
Hanya menangguk kan kepala tanda mengerti

Setibanya aku di rumah pak samad
Aku melabuhkan punggung di kerusi rotan
Pak samad terus masuk ke dalam
Memanggil isterinya
Mungkin bagi menyediakan sedikit minuman untuk ku

Selang beberapa minit
Pak samad ke ruang tamu
Sambil memegang peti empat segi di tangannya
Peti apekah itu?

Inilah amanat yang aku pegang
Ini untuk kamu
Ape benda ni pak samad
Siapa yang amanatkan pada pak samad peti ini?
Begini..
3 tahun lepas
Kamu lemas di tasik biru
Sama seperti kejadian baru2 ini
Risau aku jika kamu hilang ingatan seperti dulu
Al-Hamdulillah kerna kamu masih sedar

Dulu
Kamu terlantar di rumah sakit setahun
Koma
Puas ibu dan bapa kamu menangis melihat keadaan kau begitu
Hinggalah satu masa bapa kamu di tugaskan di luar negara
Sedangkan kamu masih belum sedar
Aku telah di amanatkan oleh kedua org tua kamu
Untuk menjaga kamu sepanjang pemergian mereka
Dan serahkan peti ini pada kamu
setibanya masa yang sesuai
Setahun kamu di rumah sakit
Akhirnya kamu sedar
Tapi malangnya kamu hilang ingatan
Aku menghubungi org tua kamu melalui surat
Lantas dia membalas suruh aku menyimpan peti ini selama setahun lagi
Dan hari ini adalah hari yang aku patut tunaikan amanat ini

Jadi rumah yang saya duduki sekarang ini adalah rumah ibu bapa saya?

Ya nak. Itu rumah kamu
Rumah kawan karibku Zaimie
Ayah kamu…

Kulihat peti ini sepertinya agak lama tidak terusik
Habuknya sahaja sudah membuatkan aku boleh meneka
Sungguh amanah pak samad orangnya

Pak samad..
Boleh saya tanyakan lagi?
Ya nak..
Bagaimanakah keadaan ibu bapa saya?
Setelah mereka tahu saya sedar
Tidakkah mereka ingin balik menjenguk saya?
Mie..
Mereka bukan dekat nak
Jauh.. sangat jauh
Tidak terfikir aku samada mereka akan pulang bila
Kerna bukan mudah untuk aku menghubungi mereka melalui surat
Kampung kita ni jauh terpencil
Hendak ke bandar pun hampir 2 jam setengah
Sedangkan hanya di bandar aku boleh mengutus surat ke luar negara


Panjang lebar pak samad ceritakan segala
Kisah-kisah silamku
Latar belakang kedua org tua ku
Keakraban mereka dgn keluarga pak samad
Kisah bagaimana aku terjatuh dan lemas
Kisah2 aku dan tasik biru
Pendek kata semuanyalah

Namun aku tetap perlu mencari sendiri
Segala persoalan yang aku alami
Kerna aku adalah aku
Aku sendiri yang menghadapinya
Mungkin isian di dalam peti ini akan mengungkai sedikit sebanyak
Persoalan2 yang bermain di benak fikiranku
Mimpi2 yang aku alami
Pengalaman2 aneh di rumah aku juga
Harap2 aku dapat mencari jawapannya

Aku minta diri dari pak samad ketika maghrib hampir datang
Seharian aku di rumahnya
Tak sedap pulak
Badan aku pun masih lemah
Aku mencari alasan untuk berehat dirumah
Dan peti ini biarlah aku buka di rumahku sahaja
Pak samad menganggukan kepala tanda setuju
Terus aku di hantar pulang kerumah oleh pak samad
Aku berterima kasih tak terhingga pada nya
Pak samad pun pulang
Dan aku masuk kerumah ku
Tak berapa minit azan maghrib berkumandang
Lantas akupun tunaikan seruah ilahi



*sedikit sebanyak persoalan2 kamu tejawab bukan? =)
teruskan memabca.. Thanks.. =)

1 comment:

Anonymous said...

awk..
sy fhm suda..
thanks ^_^


:)