Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, April 4, 2010

Start Again!

Sedang ramai di antara mereka lena di ulit mimpi, bersama kedinginan malam yang menenangkan untuk tidur, namun aku masih lagi bergolek-golek di katil. Fikiran melayang entah kemana, membelek-belek komputer riba kesayangan, melmbaca hasil2 cerpen dan nukilan, meyelak2 gambar2 lama, dulu, kelmarin dan semalam. Banyak kenangan-kenangan yang bermain di benak kepala. Seperti beribu video tayangan semula bermain di benak fikiran. Suka duka semua bercampur. Manakan aku boleh tidur. Kutinggalkan sejenak komputer riba ku, mengambil telefon bimbit menetapkan alarm 5 minit ku bagi pada diriku, andai aku tak dpt tidur juga dlm 5 minit berikutnya aku perlu bangun dan menyambung segala coretan-coretanku yang tergendala entah beberapa minggu dan mungkin juga sudah berbulan-bulan.

Kcik kcik lighter menghidupkan sebatang rokok, menghisap dalam-dalam, lalu ku hembus panjang. Berkepul2 asap meruang di angkasa bilik kecil ku. Ya! Nyata aku kini telah mengubah posisi ku duduk di bangku meja dan komputer riba kini sudah di atas meja dan aku sedang menaip. Aku perlu teruskan coretan2ku. Idea yg tadi berlegar2 di fikiran tiba2 hilang. Bagaimana aku dapat memulakan coretan? Coretan tajuk yg manakah aku perlu mulakan? Mengambil langkah memainkan lagu2 malaysia yg senang difaham adalah langkah bijak untuk memulakan sesuatu coretan. Benar! Kini aku sudah berada di rangkap kedua. Namun masih lagi tiada tajuk untuk coretan ini.

Jam 10pg nanti aku ada diskusi bersama rakan2 kumpulan untuk membincang dan merencana Design II kami. Ya! Aku masih lagi belajar. UiTM shah alam, meneruskan pengajian ku sebagai seorang pelajar luar kampus. Ramai rakan2 yg merasakan kemana perginya aku pada semester ini. Mana tak nya, dari 5 subjek yg aku pilih untuk ambil sem ini, tiba2 menjadi 3, dan akhhirnya cuma 1 subjek yg aku ambil untuk semester ini. Itulah dia, hanya Design II yg aku gagahi untuk ambil pada semster ini. Jadi, mahu tak mahu aku perlu memberikan kerjasama pada ahli kumpulan ku untuk mendapat status lulus untuk subjek ini. Ya! Aku hanya target lulus. Bukan tak mahu untuk target ‘A’, tapi aku sedar, dari awal sem lagi sampai sekarang, baru 2 kali aku masuk kelas. Kasihan rakan2 kumpulan ku terpaksa mencipta beribu alasan untuk ku saat lecturer menanyakan kenapa aku tak masuk kelas. Rakan, aku harap kamu mengerti. Aku ada alasan ku sendiri, kenapa dan mengapa aku begini.

Huh! Sungguh bengang tiba2 bila fikir pasal supplier/machinest yg aku hantar projek kumpulan untuk di fabricate. Aku tau aku memang hantar pada kamu lambat. Tapi aku sudah katakan pada kamu bukan bahawa projek ini perlu siap hari khamis? Tapi sekarang sudah ahad. Kenapa masih lagi ade alasan mengatakan kamu belum boleh siapkannya juga? RM 900.00 harga yang kamu katakan bukan aku kata sangat mahal, Cuma aku kata kalau boleh kurang lagi bagus. Biasalah, kalau kamu pun akan tawar-menawar bukan? Lagipun bayaran sebegitu kalau boleh siap cepat is berbaloi la.. tapi!! Telefon berdering. Sebentar yach!

Sambung balik, hurm... idea dah ilang. Perasaan marah tiba2 kembali normal. Ok. Aku rasa tajuk ini sampai disini saja la. Banyak lagi tajuk2 lain yg perlu aku siapkan, oh tasik biru, oh teratak hijau, oh kekasihku ..., dan Family, hurm... aku rasa makan tahun gak nak siapkan semua neh.. takpe, aku cerita2 ku takkan habis, sebab aku masih hidup di dunia. Cerita2 itu perlu aku taipkan disini, sebab aku suka untuk membacanya semula. Sebab inilah diari aku.. blog aku.. jumpa lagi di lain post.. see ya! =)


Lupa lak nak ckp ape tajuk dia, this story will be named as “Start Again’’..

2 comments:

eira said...

ehee..
sy tau awk kuat..
sy ade kt cni tmn awk :)
teruskn brkrya..
sbb sy ske bce tlisan2 awk
:)

sEapUt "c@ said...

Thanks awk... Hope awak pun ok2 jek..