jumaat, 17:35 petang, di pak li kopitiam seksyen 7
melihat sekeliling manusia disini, pelbagai ragam, pelbagai fesyen, lelaki dan perempuan.. kcik2, lighter dihidupkan membakar sebatang rokok 9.30/20= (kira sendiri).. bakar duit lagi. hari2 pun bakar duit. kenapa? bila mahu berhenti?
aku duduk di sudut meja bulat kecil, bersama segelas air asam boi limau yang masam, sendirian. apehal plak aku sendirian? kebiasaannya aku dengan rakan2 aku disini melepak. huh! aku masih lagi menunggu.. mane la plak member atas member yang aku tunggu2 ni.. tak sampai2 lagi.
cantik! sexy! hodoh! pun ade gak yg sexy! aduyai~ apelah nasib mereka. nasib dimana? entah! aku sebagai seorang lelaki yang masih solo, kadang2 terfikir, macamana lah nak cari pasangan hidup yang sesuai. bukan sangat memilih. tapi itu adalah hakikat yang perlu difikirkan untuk berteman. teman sepanjang hayat. benar! disebalik kejayaan seorang lelaki, mesti ada perempuan di belakang mereka.
sebab tu aku rasa aku belum cukup berjaya buat masa sekarang nie kot.. huhu.. nak kata senang, memanglah senang, makan minum, tempat tinggal, duit, kereta, motor, everything is dah ade.. tapi satu perkara yang aku perlu selesaikan! maafkan aku. semalam, kelmarin, kelmarin dulu.. kisah dan cerita silam haraf semua orang yang berada di sekililing ku ampunkan aku..
hurm.. kenapa ek? kadang2 kita jeles. jeles ngan seseorang. jeles dari segi ape? macam2.. jeles dari segi kekayaan yang dimiliki, jeles dari segi kemewahan seseorang, jeles dari segi kebahagaian seseorang/pasangan kekasih, or suami isteri. ada anak isteri. tiba2 teringat cerita Adamaya.. huh.. comel sungguh budak tuh.. Armani.. memang comel.. pandai plak berlakon.. cool~
weh! lame siot aku tunggu mamat nie.. mane plak la dia tak dtg2 lg.. "jap k. aku ade hal k.. kepala berserabut k." aduh sms tu aku dpt dari dia.. sham2...
ramai gak org2 kat sini yg bukak laptop.. sambil lepak2 bukak laptop, on9, facebook dan mcm2.. zaman sekarang makin hebat! kalau dulu nak tengok org pakai laptop kat kedai mkn, satu org pun susah.. kalau ade pon dato'2, anak org kaya2.. sekarang, student pun leh ade laptop.. huhu.. korang rase la kan, laptop tu dah harge murah ke atau sebab zaman sekarang semua org pun dah makin kaye? kalau pk2 kan, harga laptop skang pun rm1000 ke atas, masa dulu2, nak ade rm100 pun susah.. nak kate harga laptop dah jatuh teruk tak la jugak.. hurmmm... mungkin dorang nie sume dah kaya2 kot..
tapi! kebanyakan orang di sekililing aku sekarang adelah pelajar2 universiti, pelajar2 yang menghabiskan duit mak bapak, pelajar2 yang meminjam duit2 rakyat, ptptn, biasiswa dan macam2.. memang la dorang leh beli, lepak kopitiam mcm nie... huh! sampai bila la korang nak berhutang dengan rakyat. korang kene pk untuk bayar balik duit2 tu bila korang dah kerja nanti ok. jgn plak buat2 lupa nak bayar.. kalau diploma+degree dua2 pun pinjam ptptn, rm15k + rm25k =rm40k tau korang dah pinjam.. mampos la korang nak bayar balik.. tup2 keluar dapat kerja nanti as a fresh graduate just dpt 1st salary rm1700.. tolak itu ini dah tinggal rm100 utk bayar ptptn (katakanlah kalau org yg bertingat nak bayar) rm41k/rm100 = (kira sendiri) berapa bulan/tahun la gak nye kan... huhu..
duduk di bandar macam nie memang banyak cabaran. tapi mudah mencari pekerjaan. mudah mencari rezeki. asalkan korang pandai dan mencari2 peluang yang ada.. part time? mcm part time aku dah cuba.. semua itu boleh mendatangkan side income pada korang. cume banyak dan tak banyak jela. depend on what part time yg korang buat.. any way, hidup perlu di teruskan.. ape jua pun cabaran, perlu di tempuhi.. see u all again.. =)
err.. mak! nanti kalau eiman balik kampung kang, jangan la cakap eiman penasaran lg... aduh.. ada jodoh nanti insyaAllah ye mak... =p
Biar reti beza
9 months ago
No comments:
Post a Comment