Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, April 9, 2009

Musim Study

Wednesday, April 1, 2009

Let's guess

®_s_g_ L_ _t_®

my boss got shock??

no heart/hard felling

u can come back if u need

huhuu...

Sunday, March 8, 2009

Tasik Biru ~ Part 13

CORETAN CINTA

Masa berlalu tiada sedar
Asyik membaca hingga terleka
Bahawa masa itu terus berputar
tiada henti mahupun menunggu

mata semakin kabur kemerahan
mungkin membaca terlalu lama
aku rehat seketika
lalu aku terlelap
hinggalah azan subuh berkumandang

selesai subuh, aku persiapkan diri
cukup sudah cuti sakitku
terlalu lama rasanya aku berehat
berehat kah?
Pasti bertimbun kerja2 ku di meja pejabat

Hari ini aku rasa lain
Tidak seperti hari2 biasaku di tempat kerja
Mungkin setelah aku berehat cuti sakit
Ada juga yang bertanya khabar
Dan ada juga yang menjeling tiada kata

Ah, pedulikkan mereka
Aku menarik nafas panjang
Bersandar di kerusi pejabat
Merenggangkan sedikit otot2
Dan cuba ingin kembali fokus

Aku tetap terasa hari ini bukan seperti biasa
Tiada tanda2 aku boleh fokus sepenuhnya pada kerja
Walau ku sedar kerja terlalu banyak untuk disiapkan
Tapi fikiranku tetap merewang-rewang entah kemana

Oh ya, mungkin kerna diari lama itu

Coretan dari ibu
Ibu..
coretan mu itu sungguh aku hargai
Betapa tingginya kasih sayang yang ibu berikan padaku
Andai masa aku dapat bertemu kembali dgn ibu
Aku ingin peluk ibu erat2

Ibu..
kini aku sudah sedar dari koma ibu
Ketahuilah, saatnya harapan menggunung ibu dahulu
Berdoa siang dan malam untukku
Hanya untuk anakmu ini kembali sedar
Hanya untuk melihat senyuman dibibirku
Kini tuhan telah tunaikan doa2 ibu itu
Anakmu sudah kembali
Seribu senyuman pun sanggup aku berikan padamu ibu
Demi kembalikan kegembiraan ibu yg hilang

Ibu..
Ingin sekali aku kembali ke waktu dahulu
Menangis, ketawa, gembira bersama-sama
Ingin sekali aku berkongsi segala perasaan ku sekarang padamu
Ingin sekali aku berbual panjang bersama mu ibu
Ibu.. aku sgt sayang padamu
Ketahuilah wahai ibu, sesungguhnya anakmu ini
Terlalu merinduimu
Terlalu ingin kembali zaman kasih sayang yang pernah ibu berikan padaku
Sewaktu ketika dahulu
Sewaktu aku sebelum hilang ingatan
Harapanku hanyalah untuk aku tahu yang aku masih ada ibu
Dan masih ada kasih sayang dan belaian dari ibu
Ibu… di manakah ibu sekarang?
Semuga ibu mendengar isian hatiku ini

Khayalan dan fikiranku terganggu bila aku di sapa oleh rakan sekerjaku
Mungkin kerna dia melihat aku termenung panjang
Mata tiada kelip
Dan linangan air mata ku di kelopak

Kau kenapa ni Mie?
Ada apa2 yang aku boleh aku bantu?

Oh ok2.. dun worry, I’m fine..
Thanks bro..

Jgn asyik termenung, kerja kau banyak pending..


Dia pun beredar..

Pheuw.. aku mengeluh panjang
Entah ape yang aku ngeluhkan pun aku tak tahu

Tak sabar rasanya aku ingin balik dan teruskan membaca
Awal pagi tadi aku hanya sempat habiskan coretan ibu
Tidak ku sangka setelah ku selak-selak sekali imbas
Rupanya
Coretan itu terbahagi kepada 3 penulisnya

Coretan dari ibu
Coretan dari ayah
Dan coretan dari kekasih..

Aku punya kekasih kah dulu?
Siapa?

Saturday, February 21, 2009

Tasik Biru ~ Part 12

PETI ITU

Rumput nan menghijau subur
Burung berkicau pagi berselang seli
Memainkan lagu lunak bersama
Sepertinya mereka sedang meraikan hari indah
Senang aku mendengarnya
Dengan suasana indah permai
Aku terleka
Dan saat itulah aku di datangi seseorang
Perempuan berpakaian serba putih
Dari jauh tersenyum seri padaku
Dan secara spontan aku pun tersenyum kembali padanya
Wajahnya putih berseri
Di hiasi pakaian yg cantik pandangan mata

Belum sempat pun kami bersapa
Tiba aku terjaga
Rupanya aku tertidur di sejadah ini
Ku lihat jam sudah pukul 2 pagi
Ya Allah
Aku belum tunaikan solat Isyak
Syukurlah Kau yang membuatkan ku terjaga
Untuk menunaikan perintah-Mu
Segala puji hanya untuk-Mu Ya Allah

Selesai aku menunaikan solat Isyak
Terus aku ke bilir tidur
Berhasrat untuk membuka peti itu
Tapi kulihat peti itu tiada
Entah dimana?
Menggelabah aku cuba mencari dan mencari
Tak salah, aku letakkan peti itu di atas meja bilikku..
Ah sudah..

Setelah puas aku mencari di bilik
Tergerak aku untuk ke dapur
Mungkin kerna terasa tekak ku kering
Ingin meneguk segelas air
Bagi membasahi tekak ku yg kering

Aku tersenyum sendiri
Apelah sengalnya aku
Peti itu di atas meja makan rupanya
Ya, aku letakkan ia ketika ingin ambil wuduk tadi mungkin
NaMie namie..



Selesai minum ku bawa peti itu ke ruang tamu
Ku tiup habuk dan ku sapu kasih bersih sedikit
Dengan lafaz bismillah aku membukanya
Saat aku membuka, saat itu juga aku terasa aura
Entah aura ape
Kebelakang sedikit kepalaku
Kalau aku nampak warna aura itu mungkin boleh aku bygkan
Tapi itulah yang aku rasakan

Kulihat tanpa menyentuh segala isi didalamnya
Sebuah buku, sepertinya diari lama
Sebatang pena dakwat lama di sisi kotak
Segulung kertas entah ape tulisannya
Dan semua itu di alaskan atas kain kuning
Yang aku pasti ada sesuatu di bawahnya
Semuanya harus ku berikan masa
Untuk mentelaahi ia
Bagi mungkin mencari segala jawapan yang tiada pasti
Tapi, yang aku membuatkan aku tertanya
Pada sekuntum bunga berbatang
kecut di makan usia
Terletak molek di atas buku lama

Di setiap sudut dinding dalaman kotak
Terukir indah ayat2 suci mungkin
Seperti bersinar kecerahan
Walau luarannya tampak biasa
Tidak kusangka dalamnya begini

Bunga ku alihkan untuk aku mengambil buku
Tiada apa tulisan di muka buku ini
Ku selak muka pertama
Tiba2 terjatuh sehelai nota kuning
Dan aku pasti, kini aku bukan sedang bermimpi

Nota tertulis “Coretan buat Namie tercinta”

Tuesday, February 17, 2009

ayark!!

Tolong! tolong! tolong!

Gile fatigue aku rase kepale otak aku
Badan pun rasa cam da takde kedrat
Letih n sibuk gile beberapa minggu nih
keje manyak lo..
study lagi..
sabtu ahad pun aku ade kelas..
wargh!!!
tak larat seh..

Esok ade test..
Ayark!!!
tulun2..
aku tgh study nie..
tapi tak paham la weh..
nape nie?
otak ku suda ketahap fatigue ke?
tamo tamo tamo...
tamo fatigue lagi
byk lagi mende nak kene pk nie
uwaaaaa!!!

*ape aku nak jawab utk test esok nie =(

Wednesday, February 4, 2009

Tasik Biru ~ Part 11

KISAH SILAM

Jam 9 pagi aku di datangi pak samad
Tapi kini pak samad datang seorang diri
Tidak bersama isterinya
Mungkin isterinya ada kerja di rumah
Hari ini aku sudah boleh pulang dari rumah sakit
Pak samad yang membawa aku pulang dgn keretanya

Dlm perjalanan pak samad diam seribu bahasa
Aku juga sepertinya tiada kata
Hinggalah sampai di satu simpang
Yang membezakan rumah aku dgn pak samad
Kiri ke rumah ku
Kanan ke rumah pak samad
Pak samad membelok kanan

Kita mahu ke mana pak samad?
Kita balik kerumah aku dahulu
Aku harus cepat melaksanakan amanat ku
Ini pun sudah terlambat 3 hari
Apa yang aku nak cakap pada dia nanti
kalau dia tahu aku tak melaksanakan tugasnya dengan sempurna?
Lambat sehari pun aku dah berasa salah seperti setahun


Aku terdiam
Hanya menangguk kan kepala tanda mengerti

Setibanya aku di rumah pak samad
Aku melabuhkan punggung di kerusi rotan
Pak samad terus masuk ke dalam
Memanggil isterinya
Mungkin bagi menyediakan sedikit minuman untuk ku

Selang beberapa minit
Pak samad ke ruang tamu
Sambil memegang peti empat segi di tangannya
Peti apekah itu?

Inilah amanat yang aku pegang
Ini untuk kamu
Ape benda ni pak samad
Siapa yang amanatkan pada pak samad peti ini?
Begini..
3 tahun lepas
Kamu lemas di tasik biru
Sama seperti kejadian baru2 ini
Risau aku jika kamu hilang ingatan seperti dulu
Al-Hamdulillah kerna kamu masih sedar

Dulu
Kamu terlantar di rumah sakit setahun
Koma
Puas ibu dan bapa kamu menangis melihat keadaan kau begitu
Hinggalah satu masa bapa kamu di tugaskan di luar negara
Sedangkan kamu masih belum sedar
Aku telah di amanatkan oleh kedua org tua kamu
Untuk menjaga kamu sepanjang pemergian mereka
Dan serahkan peti ini pada kamu
setibanya masa yang sesuai
Setahun kamu di rumah sakit
Akhirnya kamu sedar
Tapi malangnya kamu hilang ingatan
Aku menghubungi org tua kamu melalui surat
Lantas dia membalas suruh aku menyimpan peti ini selama setahun lagi
Dan hari ini adalah hari yang aku patut tunaikan amanat ini

Jadi rumah yang saya duduki sekarang ini adalah rumah ibu bapa saya?

Ya nak. Itu rumah kamu
Rumah kawan karibku Zaimie
Ayah kamu…

Kulihat peti ini sepertinya agak lama tidak terusik
Habuknya sahaja sudah membuatkan aku boleh meneka
Sungguh amanah pak samad orangnya

Pak samad..
Boleh saya tanyakan lagi?
Ya nak..
Bagaimanakah keadaan ibu bapa saya?
Setelah mereka tahu saya sedar
Tidakkah mereka ingin balik menjenguk saya?
Mie..
Mereka bukan dekat nak
Jauh.. sangat jauh
Tidak terfikir aku samada mereka akan pulang bila
Kerna bukan mudah untuk aku menghubungi mereka melalui surat
Kampung kita ni jauh terpencil
Hendak ke bandar pun hampir 2 jam setengah
Sedangkan hanya di bandar aku boleh mengutus surat ke luar negara


Panjang lebar pak samad ceritakan segala
Kisah-kisah silamku
Latar belakang kedua org tua ku
Keakraban mereka dgn keluarga pak samad
Kisah bagaimana aku terjatuh dan lemas
Kisah2 aku dan tasik biru
Pendek kata semuanyalah

Namun aku tetap perlu mencari sendiri
Segala persoalan yang aku alami
Kerna aku adalah aku
Aku sendiri yang menghadapinya
Mungkin isian di dalam peti ini akan mengungkai sedikit sebanyak
Persoalan2 yang bermain di benak fikiranku
Mimpi2 yang aku alami
Pengalaman2 aneh di rumah aku juga
Harap2 aku dapat mencari jawapannya

Aku minta diri dari pak samad ketika maghrib hampir datang
Seharian aku di rumahnya
Tak sedap pulak
Badan aku pun masih lemah
Aku mencari alasan untuk berehat dirumah
Dan peti ini biarlah aku buka di rumahku sahaja
Pak samad menganggukan kepala tanda setuju
Terus aku di hantar pulang kerumah oleh pak samad
Aku berterima kasih tak terhingga pada nya
Pak samad pun pulang
Dan aku masuk kerumah ku
Tak berapa minit azan maghrib berkumandang
Lantas akupun tunaikan seruah ilahi



*sedikit sebanyak persoalan2 kamu tejawab bukan? =)
teruskan memabca.. Thanks.. =)

Thursday, January 29, 2009

nah! amek la duit aku nie.. amek amek...

Aku tak heran pun kalo korang kate:


» apehal plak ko bleh bagi die duit
» bagi byk plak tu
» kalau singgit dua tu takpe la
» kadang2 org2 yg dtg meja ke meja minta duit kat kedai makan tuh
bukan bleh caya sgt
» kite keje carik duit sehari paling tidak dpt dlm rm40~rm60 jek
» tapi derang nie jln2 mintak duit camnie mau rm100~rm150 nih
» bukan tamo bagi, tpi kdg2 yg kudrat nmpk sihat pun buat keje camnie
» ape kes?


huh! ckp le ape korang nak kate kat aku
aku kate aku tetap nak bagi derang duit gak
sukati aku le..
kalo ko kate tanak bagi ko tak payah lah bagi
walaupun aku tgh kering skang nie sbb bagi derang duit

aku bukan bagi bodo jek
sbb aku bagi duit aku tuh bukan kat derang2
aku bagi kat mereka yg jual mende nih!!

V
V
V
V
V
V
V
V
V






Just bought
HP Compaq Presario CQ40 Laptop
abes duit aku =(

Nasib bek my dad bought me new used motorbike..
Thank you so much dad... i love u.. isk-isk..

~belanjawanku ke-dua~

Kerna ku sayang kamu♥.. ®

Seandainya, kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah, berpaling darimu
Walau kini, kau jauh dariku
Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu

Hati ini, selalu memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Ku berjanji, hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yg lain

Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang kurasa
Sanggupkah kuterus terlena
Tanpamu disisiku, ku kan slalu menantimu

Seandainya, kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepikuKuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah, berpaling darimu

Walau kini, kau jauh dariku
Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu
Kan slalu kunanti

Karna ku sayang kamu
song lyric by Dygta group

got dis award from Eira

TQ

Monday, January 26, 2009

Tasik Biru ~ Part 10

Rumah Sakit

Mohd Amirul Nazmie
Itulah nama aku
Ya! Aku tau itu nama aku
Bukan penyet
Penyet adalah nama seorang anak kampung ini juga
Berkelakuan seperti mengong²
Budak kampung yang boleh dikatakan semua org mengenali beliau
Dgn sedikit kecacatan akal fikiran beliau sejak kecil
Tapi kenapa sesetengah org mengatakan aku juga seperti beliau
Hinggakan mereka memanggil aku Nyet

Pak Samad…
Ye nak..
Boleh saya tanya sesuatu?
Ape dia nak?
Mcm mane saya boleh berada disini?

Aku terbaring di atas katil putih
Ditemani Pak Samad dan isterinya
Dan seorang perempuan berseragam putih
Sepertinya sedang menyediakan sesuatu
Mungkin persedian untuk aku
Yang terlantar tiada daya ini
Sepertinya aku pernah mengalami situasi ini sebelumnya

Namie..
Syukurlah pada tuhan
Kalau kau masih mengenali pakcik..
Aku dapat berita dari zamri
Tercungap2 dia di depan pintu rumah
Beritahu yang die dan rakannya jumpa kamu terdampar di tepian tasik
Lekas2 aku ke situ
Selebihnya kamu lah yang patut mengetahui bukan?
Macam mana kamu boleh lemas kat tasik itu?

Aku terdiam seketika
Sambil memikirkan kembali kisah semalam

Mlm hari tu saya pergi kerumah pak samad
Mlm yang kita berjanji untuk bertemu
Pak samad yang suruh saya datang ke rumah pak samad bukan
Ye, itu aku tau
Tapi aku tunggu2 kamu, kamu tak datang pun
Malah aku jumpa kamu di tasik besok paginya
Rumah aku bukan di tasik itu

Ya! Jauh benar jarak rumah pak samad dgn tasik biru
Tasik di selatan sedangkan rumah pak samad di utara

Lama juga aku cuba menerangkan pada pak samad
Segala apa yang berlaku padaku
Tentang aku di basahi hujan lebat ganas
Sesekali di selang seli batuk kecil dari ku

Lantas pak samad mencelah

Sudah la tu nak
Kamu belum berapa sembuh
Lupakan lah ape yang dah berlaku
Kamu berehatlah
Pak samad harus pulang
Hari sudah maghrib
Esok aku datang lagi jenguk kau


Melayang jauh fikiranku
Sambil mata menatap syiling rumah sakit ini
Sejam sekali aku di lewati oleh pembantu sakit
Apa yang aku tahu mungkin
Pemeriksaan berkala untuk pastikan tahap kesihatan aku

Siapakah aku yang sebenarnya?
Sering bermain di fikiran ini
Amanat 2 tahun pak samad
Ya! Apakah itu?
Tak sabar aku ingin tahu
apa yang akan di ceritakan oleh pak samad nanti

datang pembantu sakit lagi
kali ini aku bertanya pada beliau
bagaimanakah tahap kesihatan aku?
dan bilakah aku boleh pulang?
Jawapan yang baik darinya
Kata beliau mungkin aku boleh pulang esok



finding parts before??
Here!! TBiru P-1 TBiru P-2 TBiru P-3 TBiru P-4 TBiru P-5 TBiru P-6 TBiru P-7 TBiru P-8 TBiru P-9

Saturday, January 24, 2009

itu dia..

yach!! 6 subjek seriously da ter-'registered'..
erk, study hard!! work hard!! study hard!!
tapi... aku tak bayar fees lagi... uhuhu..
*thanks to pae, arip, n others yg tolong aku registerkan subjek² tuh..