Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, January 9, 2009

Tasik Biru ~ Part 09

Angin sejuk yang tadinya terasa dingin asyik
yang menyantapi tubuh terasa nyaman sekali
kini menjadi sejuk bak kabus putih yg keluar saat peti sejuk di buka
terpaksa aku menyarung sweater biru ku
bagi menghilangkan rasa sejuk angin

ku tutup rapat semua pintu2 dan tingkap rumahku
tidak lagi membiarkan angin sejuk menyerbu masuk kerumah
entah tiba2 angin menjadi deras
bagai dibuai tiba2 di hempas

angin sebegini biasanya akan di susuli hujan
hujan yang mungkin lebat
dan harapanku biarlah hujan lebat yg dtgnya sekejap
kerna aku ada janji temu dgn Pak Samad malam nanti
bisik halus permintaan ku pada Tuhan

seperti yang aku jangka
hujan turun dgn lebat
bagai seplaton askar berlari
hentakan kaki2 mereka itu sama seperti
bunyi tujahan air2 hujan yg menujah ke atap rumahku
tiada syiling yang tiada mungkin berukir
berukir megah seperti rumah2 org berada
tapi aku tetap bersyukur
walau aku tak tahu siapa tuan rumah ini
bagaimana rupa wajahnya
sgt mulia beliau yg memberikan aku tinggal di rumah ini
secara percuma
cuma pesan Pak Samad,
tuan rumah ini suruh aku menjaga rumah ini sebaiknya
InsyaAllah dan Alhamdulillah
aku berterima kasih syukur atas nikmat-Nya

sekitar waktu 7.20 ptg hujan seakannya mereda
dan ketika itu juga lah kedengaran tabuh berbunyi
disusuli azan berkumandang
masuknya waktu maghrib
betapa hebatnya seruan azan
makhluk2 tuhan semuanya sentiasa memberi laluan kepada nya
mereka juga tahu untuk menghormati azan
dan terkadang kita perasan
jikalau hujan di tengahari jumaat]
pastinya hujan kan mereda
bagi memberi laluan khalifah2 di muka bumi ini
pergi menunaikan solat jumaat
perasan kah kita?

ku langkahkan kaki ku mengambil wudhu'
selesai solat maghrib
ku susuli dgn membaca ayat2 suci Al-qur'an
sejuk, tenang, nyaman hatiku saat ini
begitulah besarnya kemulian ayat suci Tuhan ini

lebih kurang jam 8.30 aku pun selesai menunaikan solat isyak
saat itu lah juga hujan seaakan mereda
mungkin juga ia memberi laluan padaku
untuk menunaikan janji ku pada Pak Samad

aku keluar rumah dgn bertemankan lampu suluh
berserta payung di tangan
aku sekadar berjalan kaki
tidaklah jauh sgt pun rumah Pak Samad tuh
sekitar 10 ~ 15 minit sahaja
cuma mungkin agak sedikit menyeramkan
untuk menyusur denai
yang jarang sekali ada orang melaluinya
pada waktu2 begini

dari jauh sudah ku nampak cahaya lampu rumah pak Samad
suram2 tapi jelas dtgnya dari cahaya lampu
maklumlah rintik2 hujan saki baki
kabus2 sedikit membuatkan penglihatan ku samar2
jalan kulalui juga masih basah
dan mungkin becak
terpaksa aku menyinsingkan kaki seluarku sedikit

Assalamualaikum!!!
Pak Samad!! oo Pak samad!!

teriak ku setibanya aku betul2 di anjung rumah pak Samad

kreukkk..

kedengaran pintu dibuka..
ya pintu rumah pak samad terbuka
dan terjengul pak samad melambai tanda suruh aku masuk
tapi aku hairan
muka pak samad sepertinya serabut
rambutnya tidak terurus
malah tiada sebarang kata2
hanya dengan isyarat tangan

Ah! aku pun masuk tanpa berfikir panjang
melangkah selamba masuk ke rumah nya

aduh!
aku tersungkur
kegelapan isi rumahnya membuatkan aku terjatuh
ada tangga kah di sini?

pak samad!!

Eh! mana menghilang pak samad?
gelap..
hujan tiba menjadi lebat
ganas dan aku terasa basah seluruh tubuh
hujan membasahi aku?
tiada bumbungkah rumah pak samad?
fikirku bingung
aduh!! aku di mana?
tercungap aku kesejukan
mungkin juga tercungap kelemasan
hujan lebat sejuk ini sepertinya semakin menenggelamkan aku
mengelupur aku berlari
entah mencari kembali pintu tadi
tiada? semakin jauh aku berjalan dan berlari
semakin aku tenggelam

tolong!!!

saat ini aku pun terus kelemasan
hilang..
hilang di dasar..
gelap..
terkaku..

Namie!!
Namie!!
Mohd Amirul Nazmie!!
bangun nak...
Namie!!!
Ya Allah...

badanku seperti di gocak gocak
memualkan tekak
dan

uhuk-uhuk

aku terbatuk batuk
lantas air yg byk keluar dari mulut ku
perlahan2 membuka mataku yg berat
dalam samar dan tiada daya
aku terpandang wajah Pak samad
bininya juga ada
dan beberapa org kampung
aku terbaring lemah
di tepian tasik ini
ya tasik biru ini
bagaimana aku boleh berada di sini??


finding parts before??
Here!! TBiru P-1 TBiru P-2 TBiru P-3 TBiru P-4 TBiru P-5 TBiru P-6 TBiru P-7 TBiru P-8

2 comments:

Anonymous said...

awk..
eceli kalau awk smbgkan cerita2 awk jd satu karangan..
barula cerpen jdnya..
tp cerpen pendekla..
i'm waiting for the next episode of tasik biru
:)

chucky said...

lemas????