Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, September 13, 2009

sunday

when no more sunday in my life

apelah dengan kehidupan sebegini
kadang2 aku terasa cam sengal2 pun ade
ari2 yang mendatang tak terasakan pun ia berlalu
isnin kames ahad sabtu
hadoi la.. kadang2 terase penat gak keje then wat part time blaja nih
pagi2 gi keje, petang2 kang dah rushing2 nak g klas plak
sampai la malam jam 10~11
penat weh..
tambahan lagi ade plak keje2 yang terpaksa di bawak balik umah
kene siapkan, isnin ade perodua audit untuk kintarome ngan spot/robot welding area
mampuih la aku..
tambahan lagi, hari ini iaitu ahad, aku ade kelas ganti 9~1ptg dan 2~5ptg.. what the hek!!
lu pikir hari ahad boleh lepak2 dok umah tengok katun dari pagi sampai petang canel 9 sambil makan jajan kah?
tak bole meh..
thats what we call when no meaning of the day named SUNDAY!..
nak kate mcm org gile pun tak jugak
org gile tu lagi best bleh lepak2 takkyah gi keje gi belajau
cukup masa syahid pastu masuk syurga..
mahukah jadik org gila??
hahaha~ kepala otak ku sudah bengong...

ade sape2 rasa nak berbuka pose ngan aku ptg nih?
jum la aku banje.. =p

Friday, September 11, 2009

New Karya

On requested,
I would like to introduce new author for the new karya!!

Teratak Hijau




*Pic: Teratak Hijau author ~ Mr. Jalot


This Karya will be Coming Soon!!!

Wednesday, September 9, 2009

bodban


walaweh~
bodbanku kaler pink!
limited edition ma..
pandai jek org kedai tuh soh aku amek pink kaler..
xpe, die pun kate pink pun ok!
clecom bodban tidak mcm macsis bodban yg lembab itu ok!

Friday, September 4, 2009

Kenangan Kelmarin

Wahai Tuhanku tak layak ke syurga-Mu
Namun tak pula, aku sanggup keneraka-Mu
Ampunkan dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun
Dosa dosa besar

Perasaan dulu mengait2 kembali
Datang tanpa di duga dan di paksa
Kembali menggamit benak di kepala
Walau kini berlainan ragam dan cara
Bermain dengan perasaan
Kadang sangat menyakitkan
Walau ade sedikit kenikmatan
Padahal dulu ku tahu akibatnya
Yang masih terasa walau betahun lamanya
Kenapa aku harus berdegil
Kelak merana diri sendiri
Tiada siapa kan ambil peduli

Ya Allah, kuatkanlah hatiku
tabahkan hatiku dalam mengharungi
segala rintangan kehidupan
yang sgt menyakitkan ini..

Thursday, September 3, 2009

Tasik Biru ~ Part 16

MENCARI HARAPAN YG TIADA

Dingin malam tak ku terasakan
Saat angin bertiup kencang di luar
Cuba menyelinap masuk ke isi rumah
Melalui celah2 dinding papan rumah
Sedikit sebanyak terasa dingin seharusnya
Namun aku tak terasakan ia
Fikiran ku sudah melayang jauh
Tak hirau lagi dengan persekitaran

Kadang2 kelakar bila difikirkan
Tapi tiada apa yang aku tertawakan
Kelakar apakah itu?
Kadang kita tak langsung mengatakan sesuatu itu kelakar
Tapi apakah benar ia kelakar?

Hurm, perkara2 sebeginilah yang buat kepala otak aku serabut
Ya! Serabut..
Kenapa ia harus berlaku pada aku?
Adakah org lain yang senasib dengan aku?
Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini
Yang kadang terlupa ucapkan syukur pada-Mu
Yang kadang tiada terima apa jua takdir-Mu
Ampunkanlah aku Ya Allah..

Takdir itu semuanya di tangan tuhan
Tiada apa yang kita boleh ubah semula
Segala apa yang terjadi pada kita
Segala apa yang terjadi pada aku
Ya! Pada aku..
Terimalah seadanya..

Sesekali teringat pasal petang tadi

Anak cari siapa?
Err, makcik.. benarkah ini rumah eizany?
Eizany? Siapa eizany? Makcik x penah dengar nama tu
Rumah ni dah lebih 3 bulan ditinggalkan
Sekeluarga keluar
Katanya pergi ke luar negara
Suaminya bernama mohamad
Isterinya bernama Zanida
Nak kata anaknya nama eizany
Rasanya mereka belum punya anak..
Mungkin kau salah rumah tak..

Jelas makcik sebelah rumah itu

Takpelah makcik
Terima kasih yea…

Saat aku mahu balik
Dengar jeritan suara

Org dah kahwin baru kau nak cari ke! ~
Di akhiri sedikit gelakan

Aku toleh kebelakang suara itu datang dari suami makcik itu mungkin
Dia pun bersahaja kata tanpa menoleh kearahku

Hurm..
Andai aku punya kesempatan
Ingin sekali kembali ke masa silam
tapi itu mustahil!
Berlaku tetap berlaku

Ya! Sedar tak sedar bulan ramadhan dtg lagi
Saat aku merayakan Aidilfitri nanti
Yg mungkin tiada seindah yang lain
Bersama keluarga tercinta
Bersama insan tersayang
Itu aku harus terima
Tuhan itu menguji umat2nya dengan berbagai cara.
Coretan ayah habis sudah ku baca
Ayah seorang ustaz bebas
Ilmuan ugama penuh didada
Apa yang ayah coretkan untukku
Mungkin tak sampai 1/8 dari ilmunya
Namun aku sedikit sebanyak jua memahami
Apa yang tersurat dan tersirat di dalamnya
Terima kasih ayah..

Saling tak tumpah coretan ayah dengan kata2 pakcik yang aku jumpa 2 hari lepas

Tabah, tenang, redha dan sabar..

Ayah, ibu…
Dengarlah rintihan anakmu
Andai satu hari raya tiada dapat kita bersama
Maafkanlah namie..


Adaduhaisnunamislualfatlikulliwajtinafihimbimasabathwayaadahunusuhukazalfanakwakaunuhunubasilanjalalanak



Saturday, August 29, 2009

Tasik Biru ~ Part 15

KELIBAT AYAH

Senja kala ia dtg
mengalih tugas sang mentari siang
untuk ia yang menanti purnama
dtg setia di waktunya

keheningan senja di serikan
irama cengkerik bersahaja
dan siulan selamba si burung-burung
sebagai tadbir penutup siang

di kala itulah jua aku yg masih terkial2
entah ape yang aku belek2 kan
pada motor usang yg berkhidmat padaku ini
tiba2 meragam

ade masalah ke nak?

terperanjat beruk aku
seorang pakcik yang agak berumur,
berkopiah dan berjubah putih,
dengan janggut yang agak panjang
paras rupa seperti ustaz ataupun ulamak
tiba2 muncul betul2 di sebelah motorku..

err.. ha'ah, motor ni... takmo hidup pulak....

berderau darahku, entah bila masa pulak pakcik nie ade kat sini..
perasan aku mcm takde sape2 lalu lalang kat kawasan ni waktu2 begini..

mari pakcik tolong tengok2kan..
Nah, kamu tolong pegangkan tasbih pakcik ni dulu..
err... ok..

aku pun letakkan tasbih itu dipoket kemejaku
dan selang beberapa minit

ok, cube kamu start..
brruuuew...

eh! sudah hidup..
macam mana pakcik buat?

Allah yang maha berkuasa
pakcik hanya perantara untuk kehendak Tuhan
dan ape yang kita lakukan semua adalah dengan izin tuhan

kamu nazmie anak kepada zaimie mohamad bukan?

yer.. ye saya..

Anak... tabah, tenang, redha dan sabarlah dengan apa jua dugaan daripada tuhan..
sesungguhnya, Allah maha berkuasa untuk meng-iyakan dan menidakkan sesuatu..
dekatkanlah diri kamu dengan Allah, dan sentiasa lah berdoa kepada-Nya agar di permudahkan segala kekusutan di benak fikiran kamu.. ingatlah, setiap ape yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya yang kita sendiri tak terfikirkan..
dan ingat, tabah,tenang,redha dan sabar itulah kuncinya..
baiklah.. pakcik perlu beransur dulu, dah nak masuk waktu maghrib nie..

errm.. terima kasih pakcik..

Assalamualaikum..

Waalaikumsalam..

salam pakcik itu ku jawab
aku seperti terkedu
dengan persoalan2 yang bermain di fikiran..
siapa pakcik itu?
tahu pulak namaku?
wajah dan suara pakcik itu seperti pernah ku kenal sewaktu ketika dahulu.
namun, aku tetap terkaku tanpa sebarang reaksi utk bertanya padanya
sedang pakcik itu beransur pergi
selang beberapa saat
bayangnya tidak lagi aku perasankan
disebabkan senja yang semakin gelap

tanpa berfikir panjang
aku cuba memecut
dengan harapan dapat mengejar pakcik itu
tapi, motorku ini seperti tidak mengizinkan
seperti mahu mati kembali enjinnya
di saat aku memulas minyak berlebihan
Uhh!.. terus aku menghentikan niat
jgn tiba2 mati semula sudah..

lalu aku bersahaja memandu perlahan
dengan harapan sampai rumahku tanpa sebarang masalah
dan aku rasa aku terlupa sesuatu...
ya! tasbih pakcik itu masih dipoket ku!.

See u in the next episodes

And dont forget to vote at the TASIK BIRU OK~KO (position: right)
Thanks for ur support..

Thursday, August 27, 2009

benci awk!

Pagi
sy: sy benci awk
awk: serius?
sy: ye la! kalau sy syg awk skang pun, bukannye sy dpt miliki awk,
sy da bertekad untuk lupakan awk
awk: owh, sampai begitu sekali? erm.. ok..

Petang
sy: sy syg awk
awk: eh, bukan kate tadi awk benci sy?
sy: ....
awk: sy tau awk tak reti nak benci sy..
sy: Tadi belum buke, memang la aku benci ko, sekarang da buke mestila kene syg2 ko..

*kcik2... hisap².... feuww~ =P

owh! ROKOK!! dugaan betul la time2 pose ni..
adeh!


Saturday, August 22, 2009

Harapan Ramadhan

Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna

selangkah demi selangkah
masa yang pantas berlalu
hingga tak terasa
berada lagi di bulan Ramadhan

sebulan ramadhan
membawa seribu pengertian
yang kita sendiri warnakan ia
hitam, putih, merah atau sebagainya.

kesedaran itu datang
kekuatan ibadah itu tiba
bila kembalinya bulan Ramadhan

"Ya Allah,
Jauhkanlah aku dari segala kemungkaran
dan segala kejahatan.
dan andai suatu ujian datang dari-Mu,
tabahkanlah aku untuk menghadapinya
dan berikanlah aku kekuatan dan kesihatan
untuk aku menjalani ibadah dengan sempurna

Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu

kedatangan Ramadhan
membawa seribu arti bagiku"


Salam Ramadhan Al-Mubarak
kepada semua teman2 dan taulan
maaf zahir dan batin
semuga kita semua dpt menjalani ibdah puasa dgn sempurna..

Saturday, August 15, 2009

where it gone?

Aku tade mud
tade spirit
keje mahupun study
2-2 skang nie aku tade mud
sebab kepale otak aku sgt serabut!!!
keje melambak test berturut2 asgment x abes2..
dem!

tolon kembalikan mud aku
=(

Wednesday, August 12, 2009

Tasik Biru ~ Part 14

KEKASIH HATI

Kasih,
Saat lama aku merinduimu,
Merasakan kau jauh di sudut hatiku,
Entah kemana hatiku kau bawa pergi,
Dan entah kenapa
Perasaan itu benar2 berlaku tika ini

Kini kau pergi
Pergi dengan khayalan kau sendiri
Tinggalkan aku sendirian
Tanpa teman
Tanpa kasih dan sayang
Cuma bertemankan air mata

Kasih,
Dengarlah luahan isi hatiku
Andai kau masih mencintai aku
Bangun lah, dan katakanlah
Bahwa kau masih mencintai aku

Kini genap setahun
aku masih tetap menunggu mu
Bertemankan tangisan
Mengharap kau sedar dari koma mu
Kasih, andai aku tiada sanggup lagi
Bukan bermakna aku cuba menjauhi kau
Aku pergi untuk tenangkan jiwa
Tenangkan perasaan ku

Kasih,
Andai pun aku tahu segala perjalanan hidupmu
Takkan ku teragak untuk menyimpan segala kisah buruk mu
Bagiku setiap manusia melakukan kesilapan
Sebesar manapun kesalahan mu
Aku bukanlah berhak untuk menilai dirimu
Apa yang perlu aku simpan hanyalah
Lafaz cintamu terhadapku

Andai tuhan beri kesempatan
Untuk kau membaca nota ku ini
Dan andai juga saat dan tika kau bacakan nota ini
Aku tiada disisi mu
Dan mungkin tiada di kampung ini,
Bermakna aku telah pergi
Pergi meninggalkan kenangan abadi ku
Bersama mu
Apa yang aku bawakan adalah
Lafaz cinta yang kau berikan dulu

Kasih,
Cinta ku padamu takkan pudar
Entah mengapa
Aku juga tidak mengertikan ia
Benar lah kata org,
Cinta itu buta
Tapi andai satu masa
Cinta di hatiku ini kian hilang
Maafkanlah aku
Aku juga insan biasa
Yang punya cacat celanya
Tiada sesempurna yang maha kuasa
Dan mungkin pada ketika itu
Aku sudah berputuus asa
Dengan menanti kembalinya
haruman cinta darimu.
Maafkan lah aku waktu itu.

Kekasih mu,
Eizany



Pak samad, siapa eizany?
Owh, dia kawan baik kau.
Dulu masa kau kecik2, ramai anak2 gadis kampung yang minat dengan kau
Tapi aku perasan dengan ezany lah kau paling rapat
Tak boleh nak lekang.
Pergi sekolah bersama,
Pergi mengaji bersama.

Tapi bila dah besar aku tengok kau kurang rapat dengan dia
Entah kenapa pun aku tak ambil periksa la
Tapi banyak2 gadis kampung yg kenal kau
Dia sorang ajelah yang rajin temankan kau kat hospital tuh


Kat mana dia sekarang pak samad?
Ah, itu yang aku tak berape reti nak jawab
Dekat 3~4 bulan nie aku tak perasan pulak dia
Ada yang kata keluar Bandar
Ada jugak yang kata keluar Negara
Entah mane betul aku pun tak pasti.


Owh, takpelah kalau mcm tu.


Aku kembali membelek diari
Catatan dari ayah.
Bersimpul2 ayat yang ayah tulis nie
Penuh dengan ayat2 al-quran mungkin
Berserta makna2 dan mungkin amalannya.
Aku tengok sekali imbas shj
Memandangkan sudah lama aku melepak kat umah pak samad
Pak samad entah berapa rokok daun dah di isapnya

Saya balik dulu lah yea pak samad
Esok saya datang lagi
Eah, awal bebenor kau nak balik
Biasa bukan nak maghrib baru kau nak gerak balik ke.
Erm.. takpe la pak samad, saya nak ambil angin sekejap kat tasik
Okay lah, kang jangan melilau kemana pulak
Dekat nak maghrib jgn melepak lagi kat tasik tu
Takut ape2 lagi jadi kat kau nanti kang, susah aku..

Saje aku mencari alasan
Sedangkan aku ingin melihat2 rumah si ezany tu
Pak samad kata dekat simpag tiga pintu masuk kampung nie.
Dengan selambe aku menghidupkan enjin moto ku
Melambai tangan pada pak samad
Aku pun pergi..

Tak sempat 10 minit pun aku menunggang moto ku
Tetiba meragam plak moto nie
Ah sudah!
Apehal plak nie..
Jgn macam2 sudah..


*sorry for late update

this chapter oledi write in my lappy

just today dats i can curi2 surf internet

but, i promise that this Tasik Biru will still continue till the end of the story.

And dont forget to vote at the TASIK BIRU OK~KO (position: right)

Thanks for ur support..