Assalamualaikum semua..
aku saje muncul kembail di ruangan blog ku yg suram2 ini.
bukan ape, ade suatu kisah yg aku rasa perlu untuk aku coretkan disini. sebelum aku terlupa dan hilang dgn begitu sahaja kisah ini.
kisah bermula, walau pun hanya sekadar mimpi. yang mungkin mainan tidur atau petanda dari Allah yang maha esa.
Aku beristighfar sejurus dentuman guruh di langit, keadaan di sebuah rumah keluarga bersama abang dan adik beradik yang lain. aku keluar rumah untuk melihat keadaan luar, melihat langit yang meghitam, kilat sabung menyabung baertalu-talu. di susuli dengan deruman guruh yang sgt kuat. selang beberapa petir meyabung, tepat ia menyambar sebuah bangunan tidak jauh kira2 500m dihadapan rumah ku. terus meletup dan terbakar diikuti dengan selangan bangunan2 berhampiran dengan nya. Ya Allah. ketakutan yg amat sgt pada ketika itu.
Aku masuk dan memanggil abg ku yg sulung untuk menyaksikan kejadian di luar rumah. dia keluar dan 'subhanallah'.. aku dan dia hanya dapat memerhatikan kejadian. berkepul2 asap dan api marak dengan cepat dan kami terkaku tidak tahu buat apa.. sedang kilat dan guruh masih lagi terus menerus tanpa henti dan langit yg tiada indahnya lagi hanya kelabu gelap makin hitam. oh Tuhan..
tak lama itu, aku didengarkan dengan suatu suara tidak tahu datangnya dari mana. tapi yang nyata suara itu terdengar di sebelah telinga kiri ku seperti kita memakai ear phone. sedangkan tiada apa2 earphone pun di telingaku..
kata2 lebih kurang begini;
"wahai umat2 manusia di muka bumi, sesungguhnya Kami telah mengatakan bahawa hari kiamat itu benar2 wujud, syurga dan neraka itu benar2 wujud. maka dengan itu, kini tibalah hari yang dijanjikan itu, pembangkitan semula, tiupan sangkakala, keluarnya dajjal. penghitungan segala dosa dan pahala yang kamu semua telah lakukan. sesungguhnya barangsiapa yang berada dijalan Allah s.w.t dan di bawah junjungan nabi Muhammad s.a.w adalah golongan org2 yang benar" dan panjang lagilah... tak berape igt..
aku tergamam dan ber"subhanallah".. lalu aku tanya pada abang aku, apakah dia dengar juga apa yang aku dengarkan ini? dia berkata "ya! abg juga dengar."
ternyatalah kata2 itu bukan aku sorang yg dengar. ku melihat sekitar di depan mataku hanya org2 islam yang seakan dengar kata2 ini, manakala org kafir tidak mendengarnya.. Subhanallah..
tak habis lagi, aku juga ade menyaksikan jatuhnya meteor2 dari langit di kawasan rumah ku, bersama adik beradik yg lain. walaupun kejadian jatuhnya meteor di rumah kami itu macam tak berapa logika, tapi aku cukup tahu, sesungguhnya kejadian hari kiamat itu benar2 sangat dekat.
Hanya sekadar perkongsian apa yang aku alami walau ia sekadar mimpi. sebagai nasihat kepada semua dan juga diri aku sendiri, moga kita sama2 dapat terus melakukan amal ibadat dan berdoa kepada Allah s.w.t..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ampunkanlah dosa2 ku,
Ampunkanlah dosa2 kedua org tuaku,
Ampunkanlah dosa2 kedua mertuaku, (bagi yg dah berkahwin)
Ampunkanlah dosa2 seluruh kaum keluargaku
Ampunkalah dosa2 zuriat2ku,
Ampunkalah dosa2 kawan2 seislamku,
Ya Allah yg Maha pelindung,
Lindungilah aku dan orang2 yang aku sebutkan tadi,
Dari segala kejahatan dan kemungkaran,
Dari segala musuh2 yang menikam dari belakang,
Dari lidah-lidah yang tidak bertanggungjawab,
Sepertimana Engkau melindungi orang2 yg terdahulu sebelum kami.
Ya Allah yg Maha pemurah lagi Maha mengasihani,
Aku bermohon kepada-Mu,
Tempatkanlah aku dan org2 yg aku sebutkan tadi,
Di dalam golongngan org2 yg diterima oleh-Mu,
Amin...
Thursday, July 1, 2010
Mimpi kiamat - Nauzubillah
Wednesday, November 4, 2009
Geburtstag
Wednesday, January 7, 2009
Belanjawan pertamaku 2009
Sunday, December 21, 2008
Rindu sama kamu!
salam mulia buat kalian
aku hilang di halaman rindu
rindu diari aku juga diari kamu
bukan kerna menyombong diri
tapi kerna kegawatan ekonomi
sana sini mereka di berhenti
kompeni cut cost sekarang ni
ekonomi sekarang menjunam lagi
pening kepala di buat ni
jgn esok luse aku pulak yang di berhenti
isnin selasa sampai ahad
hari2 mcm takde had
byk kerje yg nak kene buat
sampai tak sedar arini ahad
kerje kerje kerje tak menyempat nak rehat
aku sebenarnya rindu
rindu sama kamu2
tak rindukah kamu sama aku?
rasa cam nak nangis tak berlagu
aduh!! pilu...
*sob sob
Saturday, December 13, 2008
Luck da gr8 of 13th Dec
Tuesday, December 9, 2008
Salam Eid Adha
Salam Eid Adha dari insan yg jauh
salam ampun dan maaf dari anak kepada bunda dan ayahanda
salam penghijrahan dari kawan kepada kawanan sekalian
salam pengorbanan
*sob sob
sedey sbb tak dpt balik kampong... uwaaa!!
Friday, November 28, 2008
hapdet
Tuesday, November 25, 2008
wish me!!
Friday, November 21, 2008
Dugaan tuhan
Anak buah aku ditimpa dugaan
shahmizan azlan
terbakar di bahagian muka
skang di hospital besar johor
semuga anak buah ku cepat sembuh
kesian pd akak dan abg ipar aku..
harap byk bersabar
dan
Al-Fatihah
kepada arwah yg baru saja meninggal
ayah dan atuk dlm masa yg dekat..
semuga sabar dan tabah menghadapi dugaan tuhan
kepada Faizal n his beloved's
Monday, November 17, 2008
jum!!
Saturday, November 8, 2008
kembali
Lamasudahakumenghilangbukankeranaakumerajukataumintadipujukbuatapenakmintakdipujukkalauakutakmerajukhehe.
akukembalimemblogingkandirisetelahlamaberehatoh!berehatkeaku?tidaksamasekalikeranaakutakmemblogingsebabakusgt2sibukdgnexamdankerjadanexam
sekarangexamakusudahhabistinggalkerje2yangmelambakharusakusiapkansecepatmungkin
ape2punakumintakmaafkatkorang2kalau2korang2tertanya2mengapadankenapaakutakmengupdateblogaku
thenbileakuupdateblogplakdgnwording2ygcengginiyangbolehmenjulingkanmatakorangkalaunakmembacanyahuhujgnmareoknanticepattuabyebye
=)
Thursday, October 23, 2008
Happy dEpavali!!
cuti nie kitorang nak g bebikiu
Saturday, September 27, 2008
To aLL my fWenDs!!
Thursday, September 25, 2008
Friday, September 19, 2008
Kamu
Aku Dan Kau
Kenangan menggamit kerinduan
Kerinduan dtg kembali
Ya! Aku rindu pada kamu
"Selamat Hari Lahir cik Link!! "